Kita adalah masyarakat membaca
Mei 26, 2012
Begitu juga dengan buku-buku, setiap tahun judul jumlah yang terbit setiap tahun itu meningkat . Terdapat banyak penerbit-penerbit bahasa Melayu yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Akan tetapi isunya sekarang adalah bahan yang bagaimana masyarakat Malaysia baca. Ada bahan yang mungkin lebih kepada hiburan, ada bahan yang lebih bersifat komik dan ada bahan-bahan ilmiah. Ini yang perlu kita atur dan rencanakan supaya minat membaca rakyat Malaysia ini terarah dan terurus agar lebih menjurus kepada bahan-bahan yang ilmiah dan berkualiti.
Memilih buku seperti memilih baju
Sebenarnya kita memilih buku sama dengan kita memilih baju. Jika kita memilih baju tetapi kita tidak puas hati dan selesa dengan baju itu, maka kita tidak memakai baju itu. Sama juga kita membeli buku tanpa kita memilih dengan melihat penulisnya siapa, penerbitnya siapa,layout bukunya bagaimana dan fonts bagaimana. Ini adalah faktor yang sangat penting untuk menentukan kejayaan sesebuah buku.
Jika di barat iaitu di luar Negara perkara ini sangat dititik berat hinggakan sampai covernya sangat kreatif sehingga menarik perhatian kita untuk membaca. Apa yang berlaku sekarang sebahagian daripada buku-buku yang berkualiti kandungannya ataupun ilmiah itu, penampilannya kurang menarik dan layoutnya kurang menarik. Walaupun kandungannya bagus tetapi penyampaiannya tidak up to date, maka itu menyebabkan buku itu tidak terjual. Sebenarnya bukan maklumat itu yang boring tetapi penyampaiannya.
Membaca itu perintah agama
Semua maklum bahawa perintah pertama yang Allah turunkan kepada kita umat Islam melalui Nabi Muhammad saw adalah membaca. Tetapi ayat ini jangan kita baca satu ayat sahaja dan mengulas begitu saja kerana ini bersambung lagi.

(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. (3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (surah al-Alaq, ayat 1-5)Allah sebutkan apa yang perlu dibaca. Pertamanya perintah al-Quran ini bukan sekadar baca dan bacalah semua benda yang dibaca. Itu sebab ramai orang apabila dia belajar membaca, dia membaca bahan-bahan yang tidak berfaedah. Jadi dia perlu diikat maknanya pertama apabila Allah berkata membaca,maknnya membaca itu dengan berniat ikhlas kerana Allah swt.
Membaca al-Qur’an dan hadis
Yang kedua ialah membaca apa yang diajarkan oleh Allah. Tentunya yang pertama itu Allah ajarkan al-Quran kepada Nabi dan kepada kita juga umat Nabi Muhammad saw dan yang kedua membaca hadis-hadis Nabi kerana wahyu itu terbahagi kepada al-Quran dan juga al-Hadis. Serta membaca buku-buku, bahan-bahan ilmiah yang menjelaskan kandungan al-Quran dan al-Hadis. Ini adalah maksud asal perintah Allah di dalam al-Quran untuk membaca.
Memumpuk budaya membaca
Bagaimana caranya kita mahu memupuk budaya membaca dan budaya ilmu ini.
Pertamanya akses kepada bahan-bahan ilmiah ini perlu ada seperti perlu ada kedai-kedai buku diseluruh Negara, perlu ada perpustakaan-perpustakaan yang menghimpunkan koleksi terbitan-terbitan yang terbaru. Ini kerana sebahagian daripada perpustakaan yang ada, buku-bukunya sudah tidak up to date, buku-bukanya sudah 10 tahun lepas diterbitkan. Melihat kulit sahaja sudah tidak bernafsu apatah lagi hendak membaca.
Kemudian yang ketiga kita perlu budayakan memberi hadiah buku. Jika ada majlis-majlis institusi atau peribadi, kita berikan hadiah buku. Begitu juga jika ada majlis kahwin, kita tidak perlu memberi bunga telur lagi tetapi kita berikan buku-buku yang kecil seperti buku zikir. Kita perlu banyakkan buku-buku kecil kerana orang-orang awam yang tidak ada budaya membaca buku, jangan kita berikan ensiklopedia yang 10 jilid itu tetapi kita mulakan dengan memberi buku-buku kecil dan nipis. Insyaallah ianya perlu bermula perlahan-lahan.
Memilih buku
Keutamaan untuk memilih buku seperti yang saya sebutkan tadi bahawa keutamaan kepada orang-orang yang beriman dan orang Islam. Pertamanya dia mesti membaca al-Quran, tidak boleh ditinggalkan. Kemudian membaca terjemahan al-Quran dan berusaha untuk memahami tafsirannya melalui tafsir-tafsir yang muktabar sebagai contoh Tafsir Ibn Kathir. Kita promosi dan kempenkan supaya setiap rumah orang Islam di dalam Negara kita mesti ada sebuah Tafsir Ibn Kasir.
Hari ini rakyat Malaysia Alhamdulillah Negara makmur dan rakyatnya pendapatannya sangat bagus. Dimana rumahnya tiada television, telifon, iFon, iPed yang harganya beribu-ribu ringgit? Mungkin ada tetapi satu daripada 1 juta. Tetapi banyak rumah yang tiada kitab-kitab yang menjelaskan isi kandungannya Islam, al-Quran dan al-Hadis.
Apa kata ulama kepada orang di rumahnya tiada kitab?
Ulama’ kata jual rumahmu dan membeli kitab.
Nanti orang akan sangka jika saya beli pun saya tidak akan baca. Bengini sebenarnya, jika kita membeli tafsir Ibn Kathir ataupun kita kitab-kitab agama, walaupun mungkin kita tidak membacanya percayalah suatu hari nanti akan ada anak kita yang membacanya dan percayalah suatu hari nanti akan ada cucu kita yang akan membacanya.
Itu yang saya lakukan dirumah saya membuat perpustakaan. Orang tua saya sendiri membacanya tanpa kita menyuruh. Maksudnya budaya ini harus bermula bagaimana hendak membaca buku yang pertama bukunya perlu ada.
Suka membaca
Untuk menjadi orang yang suka membaca adalah kita perlu berusaha untuk membawa buku kemana-mana sahaja kita berada contohnya di rumah, di dalam kereta supaya apabila kita sedang menunggu isteri pergi pasar atau menunggu mak kita pergi klinik dalam setengah jam, kita akan terfikir di dalam kereta ada buku yang boleh dibaca. Buku-buku kecil jika isteri-isteri atau ibu-ibu letakkan di dalam beg tangan, apabila sedang menunggu suaminya terasa boring dan akan terdetik untuk membaca buku yang dibawanya tadi. Jadi sekurang-kurangnya di dalam satu hari sebagai contoh orang naik tren dalam masa setengah jam atau 1 jam pergi balik kerja. Jadi dalam satu hari kita boleh membaca 1 helai halaman pun sudah memadai. Ini adalah satu proses permulaan insyaallah lama kelamaan kita akan tingkatkan amalan membaca.
No comments:
Post a Comment